PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yakin skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) mampu mengulangi pencapaian gemilang Malaysia merangkul 'ibu segala emas' 12 tahun lepas di Jakarta, pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.
Hamidin berkata keyakinan itu berdasarkan semangat juang tinggi dimiliki skuad negara selain peluang sama rata buat semua pasukan yang bertanding pada temasya dwitahunan itu, walaupun mengakui Malaysia diundi dalam kumpulan 'maut' seawal peringkat kumpulan.
"Kalau dilihat pada Sukan SEA tahun lepas di Hanoi, kita kalah pada perlawanan waktu kecederaan dengan pasukan tuan rumah (Vietnam), jadi seperti saya katakan kepada pemain bahawa peluang ini semua sama rata.
"Kalau pemain kita (di tahap) tinggi atau bersedia daripada semua aspek, kecergasan, fikiran dan komitmen mereka, saya rasa kita boleh melangkaui kejayaan seperti 2011 apabila kita menang emas di Jakarta. Jadi tak mustahil dan mereka perlu fokus dan bersedia untuk berkorban," katanya.
Hamidin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) SAM 2023 di Kelab Golf Seri Selangor, hari ini.
Beliau bagaimanapun berharap anak buah E. Elavarasan yang berangkat ke Kemboja esok, tidak terlalu memikirkan berkenaan pesaing yang akan dihadapi sebaliknya memberikan usaha sehabis baik pada setiap perlawanan.
Bagi saingan edisi kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan dijadualkan bertemu Laos (3 Mei) seterusnya Thailand (6 Mei) dan Vietnam (8 Mei) dan Singapura (11 Mei).
Perjalanan skuad bola sepak negara di temasya dwitahunan pada edisi lepas terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada juara bertahan Vietnam.
Dua belas tahun lepas di Jakarta, Malaysia meraih emas dengan menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023
Keyakinan itu berdasarkan semangat juang tinggi dimiliki skuad negara selain peluang sama rata buat semua pasukan yang bertanding pada temasya dwitahunan itu. - Gambar fail/Bernama
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Gagal ke separuh akhir, Malaysia hanya 'kumpul', 'bawa' pemain untuk bertanding - Elavarasan
Elavarasan berkata, pasukan lain membuat persiapan rapi sebelum temasya sukan itu berbanding skuad Harimau Muda kendaliannya.
Sukan SEA: Peringatan buat skuad Harimau Muda di Kemboja
Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahukan skuad Harimau Muda berjuang bermati-matian memburu keputusan positif.
Ini baru sahaja permulaan - Elavarasan
Elavarasan berkata, masih banyak yang perlu diperbaiki pasukan muda negara, terutamanya daripada aspek taktikal.
Mukhairi masih belum puas, azam tingkatkan gaya permainan
Muhammad Mukhairi akui masih banyak ruang yang perlu diperbaikinya untuk terus beraksi cemerlang terutamanya ketika memimpin Skuad B-22.
FAM mungkin ikut cara Vietnam, Thailand
Jawatan jurulatih skuad B-22 negara itu sedang hangat diperkatakan selepas FAM memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak Datuk Ong Kim Swee.
Hamidin yakin kemampuan skuad B-22 di Sukan SEA Filipina 2019
Hamidin percaya Kim Swee individu tepat untuk membawa Malaysia meraih kejayaan di Filipina.
Sathianathan enggan lepas khidmat Syahmi
Syahmi adalah antara 26 nama yang tersenarai untuk menjalani latihan pusat kendalian Datuk Ong Kim Swee menjelang Kejohanan Piala AFF B-22 di Kemboja.